RSS

Anda boleh mencuba semua resepi yang terdapat di dalam blog ini. Selamat mencuba!!! =)

Soto



Salam


ok entry untuk resipi kali ini ada soto. Soto ni ade pelbagai jenis. Ada yang panggil mee soto, sup soto dan mcm² lg la. Saya di sini ingin berkongsi resepi bagaimana membuat soto.



Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam 
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 2 biji buah pelaga 
  • 3 cm halia 
  • 1 bungkus sup bunjut 
  • Sedikit bunga lawang
  • 5 sudu besar minyak masak 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 5 ulas bawang merah 
  • Sedikit daun sup dan daun bawang 
  • Sedikit garam 
Cara-cara :
  • Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan-bahan, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. 
  • Apabila sudah naik bau masukkan bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kelihatan kekuningan. Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih. 
  • Selepas itu masukkan sup bunjut. 
  • Masukkan ayam dan biar sehingga ayam betul-betul masak. 
  • Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang.
  • Hidang dan sedia untuk di makan.
Selamat Mencuba =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 tukang kata:

Unknown said...

alhamdulillah..kenyang..

ahleh said...

alhamdulillah =)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...