RSS

Anda boleh mencuba semua resepi yang terdapat di dalam blog ini. Selamat mencuba!!! =)

Nasi Lemak

Salam


Wah agak bersawang blog ni yek =). Agak lame juga tidak di update hikhik..Sori la agak kesibukkan dua tiga menjak ni huh.Ok resepi kali ini adalah nasi lemak tp resepi nasi lemak ni lain sikit kerana kandungannya rendah lemak..ok straight to the point =)





Bahan-bahan :
(Untuk 5 orang)

A : Untuk nasi
  • 1 3/4 cawan beras
  • 4 ulas bawang merah (di mayang)
  • 4 ulas bawang putih (di mayang)
  • 1 1/4 susu rendah lemak @ susu tanpa lemak
  • 1 3/4 santan cair di perah daripada 1/4 biji kelapa
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu teh garam
B : Untuk sambal tumis
  • 40 biji cili kering            (dikisar
  • 14 ulas bawang putih     bersama dengan
  • 7 ulas bawang merah     1 1/4 cawan air)
  • 1 biji bawang besar (di hiris nipis)
  • asam jawa
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu makan minyak sayuran
C : Untuk kacang dan ikan bilis
  • 50g ikan bilis di buang kepala dan perut
  • 70g kacang tanah
D : Bahan untuk di hidang bersama dengan nasi lemak
  • 1 biji telur (di rebus)
  • 1 biji timun (dipotong bulat)
Cara Memasak Nasi :
  1. Basuh beras.
  2. Masukkan susu rendah lemak, bawang merah, bawang putih, daun pandan dan garam.
  3. Masakkan nasi.
*Tudung periuk ditutup dengan kain nipis untuk mengekalkan keharuman nasi.

Cara memasak sambal tumis :
  1. Tumiskan bahan-bahan di kisar sehingga masak atau bangkit baunya.
  2. Masukkan bawang besar.
  3. Masukkan asam jawa dan kacau hingga sebati. Biarkan ia mendidih
  4. Masukkan gula dan garam.
  5. Hidangkan
Cara menyediakan ikan bilis dan kacang tanah :
  1. Bersihkan ikan bilis dan kacang tanah
  2. Bakar kedua-dua sekali pada ketuhar 170°C selama 30minit atau hingga ranggup

Selamat mencuba =)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 tukang kata:

effa_dila said...

tu bro buat ke? wah..hebat :)

ahleh said...

br jek try wat hehe =)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

pagi pagi tengok nasi lemak macam nak makan jer sekarang:-)

Nice blog

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...