RSS

Anda boleh mencuba semua resepi yang terdapat di dalam blog ini. Selamat mencuba!!! =)

Air Katira

Salam

Yeah akhirnya blog ini da berwajah baru. Ok kali ini saya ingin berkongsi bagaimana membuat air katirah. Air katirah ni biasanya di jual masa bulan puasa dan popular di selatan tanah air iaitu Johor Darul Takzim (negeri saya la ni hehehe). Air ini sesuai di minum waktu panas kerana ia menyejukkan badan.






Bahan-bahannya
(7-8 orang)
  • 2 liter air
  • Daun pandan
  • 240 g gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 100g katirah 
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • 500ml air aiskrim soda



Bahan-bahan lain
  • 1 sudu besar biji selasih (direndam berasingan)
  • Buah kurma (Di buang biji dan potong kecil-kecil)
  • 10 biji kembang semangkuk (di rendam dalam air sehingga kembang)
  • Kismis
  • 15 biji badam tanpa kulit
  • Cincau
  • Kacang tanah goreng (Di buang kulit)

Cara penyediaan :-

  1. Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
  2. Masak air, gula dan daun pandan sehingga gula larut.
  3. Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tapiskan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api dan biar sejuk.
  4. Setelah air sejuk, masukkan susu cair, air asikrim soda dan katirah. Kacau sehingga rata. 
  5. Titikkan pewarna hijau dan pewarna lain jika suka dan masukkan bahan-bahan isian lain secukupnya.
  6. Sejukkan didalam peti sejuk.
Selamat mencuba!!!

p/s : Sekiranya anda tidak tau kathira tu apa. Anda boleh melihat gambar di bawah ini.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 tukang kata:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...