RSS

Anda boleh mencuba semua resepi yang terdapat di dalam blog ini. Selamat mencuba!!! =)

Spaghetti Bolognese

Salam...

Ahai lamanya tak update blog ni..hutan belantara sungguh jadinya hahahaha. Ok kali ini resepi western iaitu spagehtti bolognese.



Bahan-bahan (5-7 orang)

  • 1 paket spaghetti (San Remo)
  • 1 tin Prego Tradisional
  • 1 tin kecil tomato puree (Kimball)
  • 1 paket daging/ayam cincang (Ramly)
  • 4-5 batang sosej (potong kecil2..jgn hancur..)
  • 1 labu bawang India - potong dadu (yang warna kuning tu..kalau tak da..bwg besar pun boleh)
  • 4-5 ulas bawang putih - potong dadu kecil2
  • 2-3 batang saderi - ptong dadu kecil2
  • cendawan butang - hiris nipis2
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • lada hitam
  • garam/gula
  • 2-3 sudu tepung jagung
  • minyak masak  air

hiasan : hirisan, carrot,  brokoli rebus

Cara-cara

  1. Rebus spaghetti dalam air yg mendidih banyak.. masukkan sedikit garam.. minyak masak.. rebus sampai lembut.. lepas tu tos kan air nya.. bilas sekali lalu dengan air sejuk..
  2. Panaskan minyak. Tumis bawang India, bawang putih sehingga kekuningan
  3. Masukkan daging cincang.. goreng sedikit garing.. kemudian masukkan sosej & batang saderi.. biar kan sekejap..
  4. Masukkan sos Prego, tomato puree, air secukupnya. (air lebih kurang 1 ke 2 tin sos Prego tu).. tunggu mendidih..
  5. Masukkan cendawang butang, tomato..
  6. Masukkan garam, ajinamoto secukup rasa.. kalau tak nak ajinamoto..boleh ganti dengan gula.. masukkan lada hitam sesedap rasa.. kalau nak pedas..boleh taruh banyak..
  7. Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk pekat kan kuah.. sampai tahap pekat yang dikehendaki..
Selamat Mencuba!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 tukang kata:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...